Menu

10 Oktober 2017

10 peranti android terbaik berdasarkan benchmark 2017


Berikut adalah senarai semua peranti platform android berdasarkan skor benchmark yang telah di uji daripada GSMarena setakat October 2017.

Di peringkat yang paling asas, Benchmark adalah aplikasi yang mengukur seberapa pantas peranti android itu dapat menjalankan sesuatu. Kepantasan dan kebolehan peranti itu di ukur dari satu siri ujian untuk mencari had atas kapasitinya.

Walaupun ada terdapat banyak alat ataupun aplikasi untuk pengukuran kecemerlangan peranti android di luar sana, Droidxx33 telah memilih GSMarena sebagai rujukan. Ujian yang telah mereka buat tidak melibatkan mana-mana pihak dari Rightware iaitu penerbit Basemark itu sendiri.

Basemark OS II merupakan alat penanda aras kompaun, semua dalam satu untuk mengukur prestasi keseluruhan telefon pintar dan tablet pada Android, iOS dan telefon Windows 8.

Basemark X adalah alat penanda aras  rentas platform, yang bertujuan untuk penilaian dan perbandingan prestasi permainan dan grafik untuk kumpulan peranti mudah alih yang sama. Ini sangat sesuai dengan mereka yang kaki game. 

                                   Benchmark X

Rank
Android Phone
Benchmark X
1
Samsung Galaxy S8+
43862
2
Samsung Galaxy S8
42370
3
Samsung Galaxy Note8
40890
4
Huawei P10
39433
5
OnePlus 5
38844
6
Sony Xperia XZ1 Compact
38820
7
Motorola Moto Z2 Force
38615
8
Sony Xperia XZ1
38583
9
Xiaomi Mi 6
38541
10
Sony Xperia XZ Premium
38507


Benchmark II

No
Phone
Benchmark II
1
Xiaomi Mi 6
4402
2
Motorola Moto Z2 Force
4363
3
OnePlus 5
4300
4
Nokia 8
4215
5
Sony Xperia XZ Premium
4127
6
ZTE nubia Z17
4041
7
HTC U11
3877
8
Sony Xperia XZ1
3484
9
Huawei P10 Plus
3447
10
Huawei Honor 8 Pro
3429

Aplikasi benchmark adalah cara yang baik untuk mengukur kebolehan sesutu peranti. Ia boleh menunjukkan kepada anda beberapa kiraan kasar bagaimana peranti itu berfungsi dalam kebanyakan situasi.

Walaubagaimanapun aplikasi benchmark tidak 100 peratus digunakan sebagai rujukan utama kerana kecemarlangan peranti itu sendiri bergantung kepada perisian sesuatu rom juga. Sebagai contoh, Galaxy S4 mempunyai markah benchmark yang sangat baik dalam ujiannya, tetapi mempunyai rom yang kurang sepadan dengan kemampuan peranti itu. Kadang-kadang peranti yang sama, cip yang sama, versi android yang sama, tetapi rom mengubah semuanya. Hal ini sering berlaku apabila rom asal/standard ditukar dengan rom yang lain.

1 ulasan: