Peredaran zaman yang semakin canggih sekarang ini secara tidak langsung banyak memberi kemudahan terutamanya sesuatu kerja yang rumit yang berkaitan dengan teknologi masa kini. Jadi untuk itu droidxx33 ada sedikit perkongsian mengenai apa itu Android Device Manager.
Android Device Manager atau dengan kata lain”ADM” adalah
satu aplikasi yang dikeluarkan oleh pihak Google dan mempunyai banyak fungsi ,
antaranya ialah anda dapat berhubung dengan peranti android anda yang hilang,
sekali gus boleh mencari di mana location peranti android anda ,dan juga boleh memadamkan semua data
yang ada dalam peranti android anda yang hilang mahupun telah dicuri. Bukan itu sahaja, malah boleh
digunakan untuk membuka lock screen peranti android anda yang terlupa kata
laluan ataupun sebaliknya (mengunci peranti android tersebut dari jarak jauh
agar sang pencuri tidak dapat menggunakannya) .
1. Cara aktfkan Android Device Manager di Peranti Android
Pertama sekali anda boleh pergi ke tetapan peranti anda dan pilih keselamatan sepert gambar di bawah. Kemudian pilih aktifkan.
2. Factory Reset Protection
Fungsi ini sudah pun tersedia dan dikemaskini ke dalam peranti android yang mempunyai versi 5.0 lolipop ke atas. fungsi ini bertujuan untuk menghalang orang ketiga/pencuri dari menghapuskan data anda untuk mengambil alih hak milik peranti android tersebut. ianya lebih kurang dengan iphone, tanpa ID tak ada fungsi.
3. Cara untuk berhubung dengan peranti android anda melalui Android Device Manager
Fungsi ini adalah yang paling berguna sekali di dalam pencarian dan mengatur cara balik dengan peranti android anda yang hilang ataupun dicuri. Apa yang pertama sekali anda perlu buat ialah buka aplikasi Android Device Manager terlebih dahulu melalui PC ataupun browser peranti android yang lain. Kemudian login ke akaun google yang sama dengan akaun google di peranti android yang hilang ataupun dicuri. Selepas itu aplikasi akan memberikan semua keterengan mengenai status peranti android anda seperti lokasi siap dengan peta,status bateri, rangkaian, sambungan internet sekiranya ada dan sebagainya. Jadi terpulang kepada anda samada untuk mencari kedudukan peranti tersebut ataupun memadam kesemua fail data yang terkandung di dalamnya.
4. Call me back
Selain dari fungsi di atas, terdapat juga seperti fungsi yang memberi arahan kepada yang terjumpa peranti android ini supaya menghubungi pemilik peranti tersebut siap dengan no hp sekali.
Kadang-kadang kita tidak menjangka dengan keadaan tugas seharian yang sibuk akan memungkinkan peranti hilang dari gengaman. Sebagai langkah waspada, bertindaklah sekarang pastikan fungsi ADM peranti android anda sudah di aktifkan. Terutama kepada pemilik yang sering menggunakan peranti android sebagai alat pembayaran segala bil melalui online.
artikel yang bagus min makasih informasinya
BalasPadamsolder uap