Menu

10 November 2019

YouTube Premium kini telah dilancarkan di Malaysia

YouTube Premium yang dahulunya dikenali sebagai YouTube Red kini secara rasminya tiba di Malaysia. Dengan melanggan YouTube Premium yang berharga RM17.90/bulan anda juga akan mendapat akses YouTube Music Premium sekali gus. Kepada pengguna platform ios pula ialah RM23.90/bulan ini kerana semua langganan diuruskan oleh iTunes.  

Berita gembira buat pemilik peranti samsung android yang mana pihak youtube telah memberi sedikit keistemewaan kapada mereka, bagi pemilik samsung model Note 10, S10, Tab S6 dan S5e akan mendapat pemasangan percubaan selama 4 bulan, manakala model samsung lain yang terpilih mendapat 2 bulan pemasangan percubaan. Untuk model peranti android yang lain hanya mendapat sebulan pemasangan percubaan yang diberikan.




Antara kelebihan yang terdapat dalam YouTube Premium adalah:

* Video tanpa gangguan iklan.
* Boleh dimainkan di latar belakang walaupun skrin dimatikan. 
* Akses terus kandungan youtube original.

Untuk mengaktifkannya, hanya ketik pada ikon Youtube profail anda dan pilih untuk dapatkan keahlian YouTube Premium berbayar. Sebaik sahaja anda memasukkan butiran kad kredit atau debit anda,  percubaan percuma anda akan diaktifkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan