Menu

09 April 2020

Cara daftar I-Akaun KWSP dan TAC tanpa datang ke kaunter


Seperti kebiasaannya untuk membuat I-Akaun KWSP adalah cukup sinonim dengan hanya pergi ke kaunter KWSP yang berdekatan sahaja. Tetapi dalam keadaan (PKP) sekarang ni agak sukar untuk berbuat demikian, oleh itu saya rasa terpanggil untuk menulis cara-cara membuat i-akaun KWSP tanpa ke kaunter.

Pertama sekali sebelum anda memulakan pendaftaran I-Akaun KWSP ini, anda haruslah menyediakan detail peribadi anda dahulu, antaranya;
  1. 1. Nama Penuh Pencarum (seperti dalam IC)
  2. 2. No KWSP (wajib)
  3. 3. No Handphone (yang aktif)
  4. 4. Alamat Pencarum
  5. 5. Email (sekiranya ada) 

Setelah anda bersedia, teruskan membuat panggilan ke no KWSP 03-8922 4000 atau 03-8922 4848 (dibuka dalam 8:00am hingga 5:00pm sahaja) 
Setelah panggilan anda tersambung ikuti langkah ini:
  1. 1. Tekan No 2
  2. 2. Inform Perkhidmatan Pelanggan tersebut dan cakap "Nak daftar I-Akaun KWSP"
  3. 3. Jawab soalan verification yang anda telah sediakan di atas.
Selasai membuat panggilan, pihak KWSP akan SMS Verification Pin Number ke no Handphone yang anda telah daftarkan tadi.

Langkah seterusnya, anda perlu buka link KWSP ni: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/register#RegisterForiAkaun



  1. 1. Pergi ke Log Masuk dan gunakan  ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk pengaktifan akaun. (*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS)
  2. 2. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan  dan Frasa Rahsia anda. (*Jika ID Pengguna tidak terpilih/terpakai, ID sementara akan digunakan)
  3. 3. Apabila pengaktifan selasai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  4. 4. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
*Untuk akses yang lebih cepat, anda boleh muat turun aplikasi I-Akaun di play store dan app store.

Sekiranya artikel ini bermanfaat share la dengan kawan2. Bersesuaian dengan saranan kerajaan untuk membantu para pencarum yang belum berdaftar agar mempunyai I-Akaun dan secara tidak langsung mempercepatkan urusan pengeluaran akaun 2 KWSP.


3 ulasan:

  1. Sekiranya ada kekeliruan sila kongsikan di ruangan komen sini.

    BalasPadam
  2. Urusan pengeluaran mcm mna ya ? Nak prgi kwsp ambil duit ke atau auto bankin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah anda berdaftar dgn i-akaun, anda boleh mohon pengeluaran i-lestari dan pengeluaran akaun 2 kwsp akan di bank-in secara auto setiap bulan ke akaun bank anda yg berdaftar dgn i-akaun kwsp.

      ReplyDelete

      Padam