Menu

21 Oktober 2017

Samsung J7+ terbaru dengan kamera berkembar


Berdasarkan halaman spesifikasi J7 + yang baru, kesan latar belakang gambar yang di ambil terdapat  sedikit persamaan dengan cara Galaxy Note8 memprosesnya,iaitu membolehkan jumlah latar belakang biru tertentu di selaras sebelum dan selepas mengambil fotonya. Samsung nampaknya telah memasukkan penapis dan pelekat animasi baru dalam aplikasi kamera J7 + juga.


Selain dari spesifikasi lain yang ada pada Galaxy J7 + nampaknya ada juga beberapa persamaan sedikit ketara dengan adik beradiknya yang lain, berbanding dengan Galaxy J7 biasa, paparan kelihatan sama - panel 5.5-inci, FullHD dan Super AMOLED. Selain itu, bateri yang tidak boleh ditanggalkan sedikit lebih kecil iaitu 3000mAh sahaja. Kamera hadapan membentuk selekoh dalam resolusi sehingga 16MP (f / 1.9), Sama seperti adik-beradiknya yang lain juga.


J7+ mempunyai 4GB Ram dan 32GB storan luaran yang boleh dikembangkan sehingga 128GB. Walaupun tidak dinyatakan secara jelas pada halaman Samsung, chipset yang menggerakkan Galaxy J7 + ini di katakan menggunakan octa-core dengan dua kluster yang berbeza, masing-masing beroperasi pada 2.39GHz dan 1.69Ghz.

Ciri-ciri lain pada J7 + termasuk Wi-Fi Dual-band b / g / n, Bluetooth 4.2 (tiada sokongan ANT +), port audio 3.5mm dan port USB 2.0 Micro. Manakala 4G LTE terdapat senarai band yang baik dengan dua slot SIM nano, yang keduanya berkongsi tempat hibrid dengan kad microSD. Pilihan warna termasuk Hitam dan Emas (kemungkinan juga terdapat warna pink) dan harga dalam Malaysia bermula dari rm1499.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan