Menu

11 November 2017

Cara membuat tulisan berwarna dan menarik di whatsapp



Kepada pengguna tegar aplikasi whatsapp mungkin ada yang sudah mengetahui bagaimana membuat tulisan menjadi berwarna warni dan menarik dalam aplikasi whatsapp, dan kepada yang belum mengetahui bagaimanakah caranya, di sini Droidxx33 akan berkongsi bagaiamana membuatnya.


1. Write in emoji (Tulisan menjadi warna biru)

Aplikasi yang pertama ini boleh di muat turun daripada google gedung play atau pun anda boleh muat turun di SINI terus. Anda boleh tuliskan perkataan yang anda suka ke dalam aplikasi ini dan tulisan anda akan kelihatan berwarna biru yang mana hanya terdapat huruf besar sahaja. Selepas itu, anda copy perkataan yang anda tulis tadi ke dalam aplikasi Whatsapp.


2. Upside Down (Tulisan menjadi terbalik)

Untuk aplikasi yang ini anda boleh membuat tulisan anda menjadi terbalik, semua yang anda tulis menjadi terbalik dan anda boleh share atau copy&paste terus ke aplikasi whatsapp anda. Selain dari aplikasi ini ada terdapat banyak juga aplikasi yang serupa fungsinya yang ada di dalam google gedung play, namun admin lebih tertarik dengan pengolahan aplikasi ini. Sekiranya anda berminat, anda boleh direct muat turun di SINI.


3. Fancy text for whatsapp (Tulisan menjadi unik dan menarik)

Cara untuk membuatkan tulisan anda menjadi menarik kali ini dengan menggunakan aplikasi yang memang khas dicipta untuk kegunaan aplikasi whatsapp. Aplikasi ini boleh membuatkan tulisan anda menjadi menarik dengan bantuan bermacam-macam ketegori/style yang terdapat di dalamnya. tambahan lagi aplikasi ini adalah kecil sahaja(1.7mb). Anda boleh juga muat turun di SINI. 


2 ulasan: