Peranti android tanpa memori penyimpanan yang cukup umpama berlagu tanpa suara. Sekarang ini memang tidak dapat dinafikan, memori kad SD ada yang dijual di pasar, gerai, penjaja dan sebagainya dengan harga yang cukup murah malah ada yang menawarkan beli 1 percuma 1, namun anda harus ingat adakah memori kad SD yang mereka jual itu adalah tulen atau sebaliknya. Untuk pengetahuan anda, menggunakan memori kad SD tiruan pada mana-mana peranti android adalah tidak baik. Antara sebabnya ialah peranti android cepat panas, pengaliran data yang sangat lembab, mudah rosak dan tidak mampu bertahan lama terutama apabila ruangan penyimpanannya hampir penuh. Admin syorkan agar anda beli yang tulen walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi agak berbaloi. Artikel kali ni berkongsi mengenai 2 kaedah yang boleh digunakan sebelum anda membeli memori kad SD.
1. Periksa label atau stiker yang terlekat di memori kad SD
Cuba anda perhatikan sekiranya memori kad SD itu mempunyai label ataupun stiker yang menutupi badan memori kad SD tersebut, biasanya kad memori yang tiruan akan menutupi beberapa maklumat yang ada pada badan memori kad itu dengan label atau pun stiker. Kerana maklumat yang berupa no siri,kod atau simbol yang terdapat pada badan memori itu boleh di kenal pasti dengan menggunakan kaedah yang kedua di bawah.
2. Periksa menggunakan aplikasi android SD Insight
Kaedah ke-2 ini ialah dengan pemeriksaan menggunakan aplikasi android yang boleh di dapati dalam google play. Anda hanya perlu masukkan no siri yang terdapat di badan memori kad SD itu sendiri. setelah anda memasukkan no siri tersebut, aplikasi SD insight akan memberikan semua maklumat mengenai memori kad SD tersebut.
Semoga adanya perkongsian ini sekurang-kurangnya dapat membantu anda membuat pemilihan yang terbaik untuk peranti android kesayangan anda.
sip ini min, makasih sudah mau sharing
BalasPadammultitester digital
Teruskan sokongan anda ya
BalasPadam