Menu

18 September 2020

Xiaomi Mi 10T Pro bakal muncul dengan rekaan yang menarik tapi guna skrin LCD



Berdasarkan dari sumber yang membocorkan maklumat itu, Xiaomi Mi 10T Pro yang bersaiz 6.67" akan hadir dengan spesifikasi dan harga yang tinggi.



Mengikut maklumat tersebut, Mi 10T Pro mempunyai 108mp untuk kamera utama, Snapdragon 865, bateri bersaiz 5000mAh, skrin kadar semula 144Hz dan dipadankan dengan skrin LCD.

Untuk spesifikasi yang lain termasuklah 8GB ram dan 256GB rom. Menyokong pengecaj tanpa wayar dan Fast Charging 30w.

Harga apabila berada di malaysia ialah RM3405, satu harga yang melambangkan bahawa peranti Mi 10T Pro ini adalah peranti android flagship kelas premium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan