Kepada semua yang mungkin ada menerima mesej2 dari orang yang tak dikenali melalui wasap ataupun memasukkan anda ke dalam wasap group tertentu, anda harus tahu bahawa anda adalah orang yang berkualiti bagi scammer menjalankan taktik penipuan.
Plan, motif dan sebagainya akan bermula bila anda di masukkan dalam group wasap di mana anda dan beberapa orang di dalamnya (Biasanya dalam 30-40orang). Mereka akan meminta no akuan bank untuk mereka memasukkan komeysen atau ganjaran selepas selesaikan beberapa task yang mereka berikan. contoh task termasuklah memberikan "like @ follow" ke platform sosial media seperti Tiktok, Telegram, Linkedin,FB dan sebagainya. Ganjaran atau komesyen akan di bank in ke dalam akaun anda untuk pertama atau kedua kali selepas anda menyelesaikan task yang diberikan. Biasanya komeysen/ganjaran dalam anggaran rm6.79, rm8.79, rm10.79 atau dalam amount yang kecil. Ini semua adalah sebagai pancingan atau tarikan kepada anda supaya anda lebih percaya dengan task yang mereka berikan. Mereka akan memberikan penerangan bagaimana komeysen terhasil dengan begitu mudah, dan alasan mereka adalah dari sumber trafik internet yang tinggi melalui klik yang anda telah buat.
Sebagai pengguna yang bijak yang berada dalam tahun 2023 sekarang ni, tiada duit yang begitu mudah untuk kita dapatkan hanya melalui perkara yang senang. Mungkin anda selalu dengar mengenai pelaburan, affiliate, pasaran modal dalam talian dan pelbagai lagi, namun semua itu memerlukan ilmu pengetahuan dalam dunia cyber/IT.
Kalau anda betul2 berminat dalam mencari income sampingan yang dipercayai dan mudah difahami, anda boleh la cuba paltform Ecomobi Passio dan masukkan referral code ni 6tLY20z kerana saya sendiri adalah pengguna platform ini. Ia hampir serupa dengan affiliate Shopee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan