Cara paling mudah untuk menetapkan semula ke tetapan asal
peranti android anda adalah melalui menu tetapan (setting). Cara atau langkah
mula yang perlu diambil mungkin berbeza-beza mengikut peranti android yang anda
gunakan. Namun biasanya tidaklah mempunyai perbezaan yang jauh. Apa yang paling
penting sekiranya anda ingin menetapkan tetapan peranti android anda ke tetapan
asal melalui cara tetapan yang tersedia di telefon, anda haruslah membuat
sandaran (back-up setting) terlebih dahulu. Aplikasi terbaik untuk membuat
sandaran (back-up setting) peranti android anda ialah Rom Manager atau Backup and Restore.
Manakala cara yang satu lagi ialah dengan mengunakan hardware. Gabungan
butang yang tepat akan bergantung pada jenama peranti android yang anda
gunakan. Caranya ialah :
- 1 Jika telefon anda aktif (on), anda perlu mematikannya (off) terlebih dahulu.
- 2. Tahan butang Kuasa (power), Butang kelantangan (volume), dan butang Laman (menu) secara serentak dan tunggu dalam 7-15 saat. Telefon akan boot ke mod pemulihan.(recovery mode). Sekiranya peranti anda tiada butang Laman (menu), tahan butang kuasa (power) dan butang kelantangan (volume) shaja dalam 7-15 saat.
- 3. Sesudah memasuki boot mod pemulihan (recovery mode), anda akan nampak seperti gambar di atas. Gunakan butang kelantangan (volume) untuk membuat pemilihan di menu dan butang kuasa (power) untuk mengesahkan pemilihan.
- 4. Pilih Wipe data & factory Reset.
- 5. Pilih Ya untuk mengesahkan pilihan.
- 6. Setelah penetapan semula selesai, anda masih dalam menu mod revovery. Tekan butang Kuasa untuk memilih Sistem Reboot sekarang. (Reboot system Now).
ok ini min artikelnya, makasih banyak sudah mau share
BalasPadamlampu servis