Menu

15 Oktober 2017

Cara Hard Format peranti android


Cara paling mudah untuk menetapkan semula ke tetapan asal peranti android anda adalah melalui menu tetapan (setting). Cara atau langkah mula yang perlu diambil mungkin berbeza-beza mengikut peranti android yang anda gunakan. Namun biasanya tidaklah mempunyai perbezaan yang jauh. Apa yang paling penting sekiranya anda ingin menetapkan tetapan peranti android anda ke tetapan asal melalui cara tetapan yang tersedia di telefon, anda haruslah membuat sandaran (back-up setting) terlebih dahulu. Aplikasi terbaik untuk membuat sandaran (back-up setting) peranti android anda ialah Rom Manager atau Backup and Restore

Manakala cara yang satu lagi ialah dengan mengunakan hardware. Gabungan butang yang tepat akan bergantung pada jenama peranti android yang anda gunakan. Caranya ialah : 

  1.    Jika telefon anda aktif (on), anda perlu mematikannya (off) terlebih dahulu.

  2. 2.      Tahan butang Kuasa (power), Butang kelantangan (volume), dan butang Laman (menu) secara serentak dan tunggu dalam 7-15 saat. Telefon akan boot ke mod pemulihan.(recovery mode). Sekiranya peranti anda tiada butang Laman (menu), tahan butang kuasa (power) dan butang kelantangan (volume) shaja dalam 7-15 saat.

  3. 3.      Sesudah memasuki boot mod pemulihan (recovery mode), anda akan nampak seperti gambar di atas. Gunakan butang kelantangan (volume) untuk membuat pemilihan di menu dan butang kuasa (power) untuk mengesahkan pemilihan.

  4. 4.      Pilih Wipe data & factory Reset.

  5. 5.      Pilih Ya untuk mengesahkan pilihan.

  6. 6.       Setelah penetapan semula selesai, anda masih dalam menu mod revovery. Tekan butang Kuasa untuk memilih Sistem Reboot sekarang. (Reboot system Now).
  Selamat mencuba...

1 ulasan: