Menu

16 Oktober 2017

Apakah kelebihan GBWhatsapp versi baru 2017



Tutorial kali ni adalah salah satu tips ataupun lebih kepada cara terbaik untuk menambahbaik aplikasi Whatsapp versi biasa yang sedia ada sekarang. GBWhatsApp adalah versi yang sama untuk WhatsApp Plus dan mempunyai banyak ciri baru. Dengan GBWhatsApp anda boleh menggunakan dua aplikasi WhatsApp dalam satu peranti android yang sama. Aplikasi GBWhatsapp ini akan  sentiasa memberikan kemas kini baru (update) sekiranya ada penambahbaikkan.

Aplikasi GBWhatsApp mempunyai ciri panggilan video dan banyak ciri privasi yang terdapat di dalamnya, semua mengenai kemaskini yang terbaru juga ada tersedia. Dengan GBWhatsApp anda boleh menggunakan dua aplikasi (akaun) WhatsApp dalam peranti android yang sama. Malah dalam aplikasi GBWhatsapp juga terdapat peningkatan jumlah huruf maksima dalam status, menyokong fungsi menyembunyikan notifikasi,boleh menghantar saiz video dan fail audio yang lebih besar tanpa bimbang, menghantar e-book dengan cepat, anda juga boleh menetapkan kata laluan untuk berbual  dalam aplikasi GBWhatsApp dan banyak lagi.

FUNGSI PENUH :
·         Buat panggilan ke nombor bukan kenalan.
·         Memadam mesej yang sudah dihantar dan diterima (ciri istimewa)
·         Muat turun auto media untuk kenalan tertentu sahaja.
·         Boleh menjadualkan penghantaran mesej pada bila-bila masa sahaja.
·         Menyembunyikan status online.
·         Emoji yang baru telah ditambah.
·         Fungsi video calling telahpun diperbaiki.
·         Menghantar video sehingga 50mb
·         Membuat nama kumpulan sehingga 35 aksara.
·         Menyembunyikan Last seen,Blue ticks,Second ticks,typing… dan banyak lagi.
·         Boleh menyalin balik status orang lain pada papan klip anda.
·         Anda boleh hantar mesej siaran sehingga 600 orang sekaligus.
·         Anda boleh menulis status sehingga 255 aksara (wasap biasa cuma 139).
·         Menyokong lebih 100+ bahasa.


Setelah selesai memuat turun aplikasi GBWhatsApp pada peranti android anda, sekarang tibalah masa untuk bagaimana cara memasang GBWhatsApp pada peranti android anda.

1.      Muat turun aplikasi GBWhatsapp di SINI.
2.      Sebelum memasangkan aplikasi ini, pergi ke setting --> Security --> Unknown Sources kemudian tandakan/tick pada petak tersebut.
3.      Selepas tu anda boleh pasang aplikasi yang telah anda muat turun tadi macam biasa.
4.      Buka aplikasi GBWhatsApp tersebut dan klik pada “AGREE AND CONTINUE”, Jika anda melihat mesej ‘membenarkan akses WhatsApp’ klik untuk terus membenarkan semua mesej.
5.      Sekiranya anda mempunyai sandaran (backup) tekan memulihkan sandaran dan tunggu sekejap untuk menyelesaikan pemulihan sandaran.
6.      Masukkan nama anda dan pilih gambar profil. Selasai.


Di bawah adalah video cara pemasangan aplikasi GBWhatsapp.


1 ulasan:

  1. sepertinya ini keren ya min dibanding sama versi aslinya... inimenarik sekali bahkan banyak kelebihannya
    alat servis hp

    BalasPadam